Istimewa Nikah I
October 11, 2010
Semalam telah berlangsung majlis pernikahan saya dengan Eja di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Seramai 100 orang telah menghadiri majlis berkenaan yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.
Bermula selepas solat Zohor, rombongan saya dari Shah Alam, Ayer Keroh, Kepong, Selayang, Kluang, Bukit Jalil, Kuang tiba di perkarangan masjid jam 12.30 tgh hari. Lebih kurang 10 buah kenderaan semuanya. Saya berbaju melayu merah memeriksa segala persiapan termasuk dokumen, barang hantaran dan pakaian pernikahan berada dalam keadaan baik.
Sejurus solat Zohor, saya bersiap menyarung baju melayu bersamping off-white. Nana Azmi dari Kerisek tiba dgn makanan tengah hari dan kuih muih serta minuman sejuk dan panas. Meja dan kain dibentang di ruang makan Sahn kanan masjid untuk jamuan selesai majlis.
Dalam jam 2.15 PM, rombongan wanita dari Seri Kembangan dan Kuantan tiba dgn megah. Tidak kelihatan Eja ketika ini…
TBC